CINTA si Putih 2#

hubungan aku dengan mantan kekasih aku yang pertama, aku andaikan sebagai cinta monyet. sebelum aku terima dia, aku pernah cakap dekat diri aku yang aku ingin merasa bagaimana rasanya cinta itu. sakit juga jiwa aku semasa bercinta dengan dia walaupun ada manis bersama.

setahun sudah berlalu, masuk ke tahun baru aku berkenalan lagi dengan seorang lelaki. rupanya lelaki ini sudah lama mengintai aku dari tahun-tahun lepas. dari bertukar nombor telefon, melarat dengan panggilan telefon tiap malam. dua bulan perkenalan kami, dia terpaksa pindah ke sekolah lain. oh ya, sebenarnya dia dan mantan kekasih aku yang pertama adalah satu kelas semasa sekolah dahulu. 

pada mulanya, aku cuma anggap dia sebagai kawan tapi bukan pada anggapan dia. mungkin kerana dek rasa kesian, walaupun tiada perasaan cinta ketika itu. aku tetap terima dia sebagai kekasih aku. hubungan kami baik saja, tetap bertahan walaupun berlainan sekolah sehinggalah suatu hari pandangan aku sentiasa tertarik dengan seorang rakan kelas aku.

setiap hari mata aku tak boleh elak dari lelaki ini, walaupun sudah 3 tahun kami sekelas, namun hanya sepatah dua saja kami pernah berborak. dia amat pemalu, dia hanya bergaul dengan kaum dia sahaja. seorang budak yang pintar, baik, hormat guru, cuma dia selalu sakit. yang aku tertarik tentang dia adalah apabila aku duduk di perhentian bas, aku selalu nampak dia pimpin tangan adik dia semasa mereka tunggu bas sekolah mereka. ketika itu, aku rasakan aku sudah jumpa 'pemimpin' aku. 

selang beberapa hari, aku minta putus dengan kekasih aku atas sedap yang amat tidak munasabah.


aku si Putih

3 comments:

Anonymous said...

macam aku. kenapa kita mintak break ngan pasangan ar?

Bidadari Syurga said...

hurmmm... mungkin hati kamu belum ready barangkali...

Bidadari Syurga said...

ooo blog nie takda follow ya... ok... kita masuk dlm bloglist aja...