CINTA si Putih 1#

dulu jiwa aku manja. segala yang aku inginkan akan aku dapat secara perlahan-lahan. mungkin bukan harta yang aku kejar, tapi cinta.

pada satu ketika dulu, ada seorang lelaki yang menjadi rebutan perempuan diluar sana. segalanya cukup pakej untuk menjadi model. otaknya juga boleh tahan sebab dia adalah salah seorang 'top student' sekolah aku. antara ramai perempuan di sekolah itu, aku tidak pasti plak macam mana dia boleh melekat dengan aku dan aku plak terima dia. seorang yang hensem dan top student, siapa ingin menolak?? 

namun, hubungan kami tidak tahan lama. aku baru sedar yang aku ingin mencari seorang iman yang memimpin aku dan bukannya seorang yang hanya memiliki rupa sahaja. agama dia rapuh, dan hati aku semakin hari semakin menolak. pengakhirnya, masuk lima purnama kami terhenti.



# aku si Putih

1 comment:

Anonymous said...

semoga kau temui 'imam' mu.