Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya.
Seperti setiap tahun.
Raya masih keseorangan.
Tahun depan?
Tak pasti.
Harapnya berteman.

Aku Si Hitam

Selamat Tinggal

Aku pujuk hati...
'Sabar la sayang. Kau akan temui cinta sejati.'
Aku pujuk hati...
'Kau akan temui kekasih yang lebih baik dari dia.'
Aku pujuk hati...
'Lupakan dia sayang...'

Aku paksa hati..
'Behentilah menagis. Hidup ini terlalu indah untuk dinikmati'
Aku paksa hati..
'Terima lak takdir sayang. Dia maha mengetahui'
Aku paksa hati..
'Lupakan dia sayang'


'Awak, saya nak lupakan awk. Hidup baik-baik. Selamat tinggal.'

Aku Si  HItam

CINTA si Putih 2#

hubungan aku dengan mantan kekasih aku yang pertama, aku andaikan sebagai cinta monyet. sebelum aku terima dia, aku pernah cakap dekat diri aku yang aku ingin merasa bagaimana rasanya cinta itu. sakit juga jiwa aku semasa bercinta dengan dia walaupun ada manis bersama.

setahun sudah berlalu, masuk ke tahun baru aku berkenalan lagi dengan seorang lelaki. rupanya lelaki ini sudah lama mengintai aku dari tahun-tahun lepas. dari bertukar nombor telefon, melarat dengan panggilan telefon tiap malam. dua bulan perkenalan kami, dia terpaksa pindah ke sekolah lain. oh ya, sebenarnya dia dan mantan kekasih aku yang pertama adalah satu kelas semasa sekolah dahulu. 

pada mulanya, aku cuma anggap dia sebagai kawan tapi bukan pada anggapan dia. mungkin kerana dek rasa kesian, walaupun tiada perasaan cinta ketika itu. aku tetap terima dia sebagai kekasih aku. hubungan kami baik saja, tetap bertahan walaupun berlainan sekolah sehinggalah suatu hari pandangan aku sentiasa tertarik dengan seorang rakan kelas aku.

setiap hari mata aku tak boleh elak dari lelaki ini, walaupun sudah 3 tahun kami sekelas, namun hanya sepatah dua saja kami pernah berborak. dia amat pemalu, dia hanya bergaul dengan kaum dia sahaja. seorang budak yang pintar, baik, hormat guru, cuma dia selalu sakit. yang aku tertarik tentang dia adalah apabila aku duduk di perhentian bas, aku selalu nampak dia pimpin tangan adik dia semasa mereka tunggu bas sekolah mereka. ketika itu, aku rasakan aku sudah jumpa 'pemimpin' aku. 

selang beberapa hari, aku minta putus dengan kekasih aku atas sedap yang amat tidak munasabah.


aku si Putih

Aku Lepaskan 'Payung' Itu.


Kata Si Putih, dia hanya simpatikan aku. Keciankan aku. Dan tak adil kalau aku terus memaksa macam tuh. Cinta bukan boleh paksa, right?  Aku rasa aku bodoh sangat!

Dulu, waktu dia betul-betul sayangkan aku aku tak hargai. Bila dia dah tinggalkan aku, baru aku rasa sunyi. Bila aku nak ubah keadaan tuh dah tak boleh! 

Aku boleh dapat banyak pasangan lain. Dan aku rasa aku layak dapat pasangan yang lebih baik dari dia. Tapi aku tak tau apa ada pada dia. Kenapa aku suka dia sangat. Dan aku sangat mencintai dia.
Aku sukakan dia atas apa padanya. 
Aku tak kesah dia gemuk, aku anggap itu comel!
Aku tak kesah dia tak da keja, aku anggap itu tak da rezeki.

Tapi, aku kesah bila dia tak sayang aku lagi.




Konun, cinta itu sweet. 
Hakikatnya?

Aku belajar satu benda hari ini. Bila hujan kita perlukan payung. Tapo tak guna jika kita ada payung kecik. Tak boleh melawan angin dan ribut. 
Macam tuh jugak perasaan kita. Tak guna jika kita ada perasaan sayang tuh, tapi hati tak cukup kuat nak menghadapi dugaan. 

Terima kasih, hujan. 
Pengalaman yang cukup bermakna hari ini.
Moga esok ada sinar baru.




aku Si Hitam

Hanya Sekali

Aku.
Disini.
Memandang kamu disudut sana.
Mengharap agar kamu memandang aku,
Walaupun cuma seketika.

Biar pun hanya sekadar senyuman
Aku sudah puas.
Supaya aku tahu
Aku masih ada disitu
Disudut hati kamu.

Tahukah kamu?
Tiap detik aku masih terbuai dengan silam kita?
Masih menghargai setiap detik?
Setiap saat!
Aku tak pernah cuba lupakan.
Mustahil bagiku,
Lupakan kamu.

Aku tetap disini.
Mengharap kamu kembali.
Senyumlah padaku,
Biarpun sekali...



# aku Si Hitam

CINTA si Putih 1#

dulu jiwa aku manja. segala yang aku inginkan akan aku dapat secara perlahan-lahan. mungkin bukan harta yang aku kejar, tapi cinta.

pada satu ketika dulu, ada seorang lelaki yang menjadi rebutan perempuan diluar sana. segalanya cukup pakej untuk menjadi model. otaknya juga boleh tahan sebab dia adalah salah seorang 'top student' sekolah aku. antara ramai perempuan di sekolah itu, aku tidak pasti plak macam mana dia boleh melekat dengan aku dan aku plak terima dia. seorang yang hensem dan top student, siapa ingin menolak?? 

namun, hubungan kami tidak tahan lama. aku baru sedar yang aku ingin mencari seorang iman yang memimpin aku dan bukannya seorang yang hanya memiliki rupa sahaja. agama dia rapuh, dan hati aku semakin hari semakin menolak. pengakhirnya, masuk lima purnama kami terhenti.



# aku si Putih

LEMBARAN PERTAMA HITAM & PUTIH

segala coretan hanya luahan hati si Hitam dan si Putih. Dua insan yang tidak pernah bertemu secara nyata. menconteng kata hati yang terpendam. wakil tangisan hujan di jiwa. memuja dalam senyuman.